Wednesday, April 30, 2008

Gila Kuasa

Arah tukar serta-merta - MB Perak mahu Pengarah JAIP keluar pejabat 24 jam
Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 29 April – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas.

Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pagi ini.

Menurut sumber kerajaan negeri, arahan Menteri Besar berkenaan melanggar tradisi di negeri ini dan mendahului Sultan Perak yang bertanggungjawab penuh dalam hal ehwal Islam. Difahamkan, Jamry telah dihubungi melalui telefon supaya mengosongkan pejabatnya.

Perselisihan Pengarah JAIP itu dengan Menteri Besar dikatakan ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak. “Jamry diarah keluar tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa untuk membela dirinya,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini.

Jamry, 48, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai arahan itu, tetapi memaklumkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini.
“Setakat ini, saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.

“Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan selepas menghadap Sultan,” kata beliau.
Arahan Menteri Besar Perak supaya Jamry mengosongkan pejabatnya boleh mencetuskan kontroversi kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak yang menjadi Ketua Agama Islam negeri.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pula merupakan Pengerusi MAIAMP. MAIAMP sepatutnya mengadakan mesyuarat pada 15 Mei ini untuk membincangkan senarai baru jawatankuasa masjid di seluruh Perak yang dibuat dengan mengambil kira nasihat Istana Perak.

Jamry dilantik memegang jawatan Pengarah JAIP sejak tahun 2004. Sebelum itu, beliau ialah Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Sementara itu, Mohammad Nizar yang genap 43 hari menjadi Menteri Besar mendakwa pertukaran serta-merta Jamry itu adalah sesuatu yang ‘normal’ dari segi prosedur pentadbiran kerajaan negeri. Menurut beliau, Jamry ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggantinya di JAIP akan diumumkan kemudian.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa Jamry diarah bertukar dalam tempoh 24 jam, Mohammad Nizar terdiam seketika. Beliau kemudian sekali lagi menegaskan bahawa arahan pertukaran tersebut adalah sesuatu yang biasa dan tiada apa-apa yang negatif mengenainya. “Sebelum ini juga terdapat beberapa pertukaran dan perpindahan beberapa pegawai kerajaan negeri, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum.

“Bertukar atau naik pangkat dalam pentadbiran adalah perkara biasa. Kita ada Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan... naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa. “Anda patut kemukakan soalan ini kepada Menteri Besar yang dulu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK... saya tidak,” katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini petang ini.

Mohammad Nizar turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dan Jamry hingga menyebabkan Jamry ditukarkan.
-Utusan Malaysia-
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mula menunjukkan kuasa dan boleh dikatakan memang gila kuasa. Sepatutnya beliau perlu merujuk kepada Sultan Perak sebelum mengambil sebarang keputusan membabitkan hal ehwal Islam kerana ia adalah tanggungjawab Sulta Perak.
MB Perak jelas menunjukkan sikap tidak profesional dalam mentadbir negeri Perak. Jangan jadi bodoh pula kerana mengeluarkan arahan tidak tentu pasal sebelum merujuk kepada yang lebih arif kerana tindakan ini hanya memalukan diri sendiri. Bidang kuasa ehwal Islam tertakluk di bawah kuasa Sultan Perak dan Sultan Perak menjadi Ketua Agama Islam Negeri. Ini adalah satu masalah bagi MB Perak kerana pentadbiran negeri Perak tidak sekata dalam sesuatu isu. Lebih-lebih lagi apabila lebih ramai exco dari DAP yang sentiasa cuba mengambil peluang menangguk di air keruh.
Harus di ingat bahawa MB Perak dilantik menjadi Menteri Besar yang baru kerana perlembagaan yang termaktub di negeri Perak iaitu hanya orang Melayu sahaja boleh dilantik menjadi MB. Jika tiada perlembagaan sebegitu, jangan harap wakil daripada parti PAS boleh menjadi MB kerana parti pembangkang yang banyak memenangi kerusi DUN di Perak adalah parti DAP. Jadi, sebelum membuat sebarang keputusan, rujuk dulu kepada orang yang arif dalam bidang perundangan. Jangan jadi bodoh dan gila kuasa.

Tuesday, April 29, 2008

PETANDA POSITIF

Timbalan Speaker: 17 anggota pembangkang sokong Wan Junaidi

KUALA LUMPUR 28 April – Persidangan pertama Parlimen ke-12 mencatat perkembangan menarik apabila dua anggota Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan seorang daripadanya turut mendapat sokongan daripada 17 anggota pembangkang.


Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee masing-masing memperoleh 157 dan 140 undi dalam pengundian yang diadakan hari ini.


Mereka mengetepikan cabaran daripada anggota pembangkang, Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang hanya mendapat 81 undi.


Dengan komposisi Dewan Rakyat yang terdiri daripada 140 Ahli Parlimen BN dan 82 anggota pembangkang, kejayaan Wan Junaidi memperoleh 157 undi menunjukkan pencalonannya turut disokong oleh 17 wakil rakyat pembangkang.


Bagaimanapun, identiti kumpulan Ahli Parlimen pembangkang itu tidak diketahui kerana pengundian dibuat secara sulit.


Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas kemenangan Wan Junaidi – yang turut dicapai hasil daripada sokongan Ahli Parlimen pembangkang – menerima keputusan tersebut secara positif.


“Semua anggota pembangkang mengundi Seng Giaw kecuali seorang. Pembangkang sudah beri sokongan padu kepada calon kita, tetapi (Wan Junaidi dan Ronald) menang... kita terimalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.


Daripada 82 anggota Parlimen pembangkang, 31 ialah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP (28) dan Pas (22), manakala Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali merupakan wakil rakyat Bebas yang bertanding atas tiket Pas.


Proses pengundian bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dijalankan secara sulit iaitu dengan kesemua 222 wakil rakyat menulis nama dua calon pilihan mereka di atas kertas sebelum dikumpulkan oleh petugas Parlimen untuk pengiraan.


Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat diadakan sebaik sahaja 222 anggota Parlimen selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 12.30 tengah hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan dua nama iaitu Wan Junaidi dan Ronald sebagai calon BN yang bertanding bagi merebut dua jawatan yang dipertandingkan itu sebelum disokong oleh timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang pula mencadangkan nama Seng Giaw sebagai calon daripada pakatan pembangkang yang kemudian disokong oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.


Keputusan pemilihan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat pada pukul 12.50 tengah hari dan disambut dengan tepukan gemuruh anggota Dewan.


Wan Junaidi, Ahli Parlimen Santubong selama lima penggal, ketika mengulas kemenangannya berkata, rakan-rakan daripada anggota pembangkang telah menyatakan sokongan kepada beliau sebaik sahaja mengetahui namanya dicalonkan untuk jawatan itu.


“Mereka menyokong saya setelah mendapat tahu kemampuan, pengalaman dan latar belakang saya dalam bidang undang-undang,” katanya.

-Utusan Malaysia-


Berdasarkan laporan di atas menunjukkan satu petanda positif mengenai sokongan ahli Parlimen di kalangan pembangkang yang mengundi dan menyokong pemilihan Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Memang ahli Parlimen di kalangan Barisan Nasional adalah dikalangan profesional dan antara yang terbaik serta mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang.


Adalah diharapkan ahli Parlimen Barisan Nasional dapat memberi perkhidmatan yang terbaik di Dewan Rakyat dan mengutarakan apa jua isu yang dapat membela kebajikan rakyat Malaysia.


Wednesday, April 23, 2008

Langkah Terbaik

Kah Choon isytihar keluar parti
23/04/2008 4:25pm


BUKIT MERTAJAM 23 April – Bekas Timbalan Setiau saha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut selepas kontroversi pelantikannya dalam Lembaga Pengarah Per badanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang Berhad (iP).

Kah Choon dalam kenyataannya berkata, beliau telah menyerahkan surat penarikan diri daripada menjadi ahli Gerakan ekoran keputusannya untuk menjawat jawatan itu tidak diterima oleh pucuk pimpinan parti.

Sehubungan itu katanya, beliau kini boleh menumpukan tugas-tugas yang diamanahkan dan membuat keputusan untuk membantu kerajaan negeri.
"Kritikan terhadap kemampuan saya untuk menjawat dua jawatan ini adalah tidak benar kerana rekod perkhid matan saya sebelum ini telah membuktikan sebaliknya," katanya.

Kah Choon berkata demikian bagi mengulas tindakan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan tertinggi Gerakan yang mahu beliau memberi sebab kena pa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana menerima dua jawatan itu.


-Utusan-

Langkah yang diambil oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon untuk keluar daripada parti Gerakan dianggap sebagai langkah terbaik kerana ia dapat menamatkan kontroversi berhubung pelantikan beliau dalam dua jawatan utama kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

BN dan Gerakan khususnya tidak perlu risau terhadap tindakan Lee Kah Choon kerana beliau sendiri yang membelakangkan prinsip dan arahan yang dikeluarkan oleh Pemangku Parti Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon supaya tidak menerima apa-apa jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Saya berpendapat, manusia seperti Lee Kah Choon tidak setia kepada parti dan hanya mementingkan diri sendiri kerana tidak sanggup menghadapi kesusahan ketika parti Gerakan dilanda tsunami politik. Parti Gerakan mesti menjadi wakil pembangkang yang kuat di Pulau Pinang bagi memastikan segala manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada rakyat Pulau Pinang ditunaikan sebaik mungkin. Apabila Lee Kah Choon menyandang jawatan yang diberikan oleh kerajaan negeri, ini akan menyukarkan pemimpin Gerakan dan BN untuk membantah apa-apa keputusan pentadbiran negeri yang dilihat merugikan rakyat dan menyimpang daripada perkara asal kerana penglibatan seorang ahli parti Gerakan di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Jadi, tindakan terbaik adalah memecat Lee Kah Choon daripada ahli Gerakan namun apabila Lee Kah Choon sendiri bertindak keluar daripada parti, itu adalah langkah tepat yang diambil oleh beliau. Lagipun parti Gerakan masih ramai pemimpin yang setia dan berkaliber dan tidak perlu dirunsingkan dengan khidmat Lee Kah Choon yang sanggup menggadaikan prinsip parti dan mengingkari arahan Pemangku Presiden Gerakan.


Kesetiaan Kepada Parti

Sudah lebih sebulan PRU 12 berlalu. Namun, cerita tentang politik memang tidak akan tamat sampai bila-bila. Ini kerana saban hari kita akan dihidangkan dengan berbagai-bagai ceritera yang pi mai pi mai tang tu juga. Antara kisah politik yang menjadi ulasan saya hari ini adalah mengenai kesetiaan kepada parti.
Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang diwakili oleh parti-parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, dan juga parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak iaitu SAPP, PBS, PBRS, LDP dan lain-lain. Selain daripada itu, parti pembangkang turut meniru langkah parti BN dengan menubuhkan Barisan Alternatif dan kini dikenali dengan nama Pakatan Rakyat di mana Pakatan Rakyat (PR) dinaungi oleh PKR, PAS, dan DAP.
Perubahan ketara dalam politik negara amat dirasakan apabila BN kalah di 4 buah negeri selain turut gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi di Parlimen. Namun kita harus bersyukur kerana BN berjaya memperolehi majoriti mudah dan ini membolehkan BN membentuk kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi. Apa yang diharapkan oleh rakyat hari ini supaya kerajaan dapat memahami dengan jelas mesej yang ingin disampaikan oleh mereka dan melakukan sesuatu perubahan yang drastik agar kerajaan BN terus dapat diterima untuk masa akan datang.
Namun, pasca PRU 12 ini kita mendengar kisah lompat-melompat parti di mana wakil rakyat BN terutamanya daripada Sabah dan Sarawak yang telah dipelawa oleh mantan Timbalan PM serta penasihat PKR, Anwar Ibrahim untuk menyertai Keadilan dan membentuk kerajaan yang baru dengan Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak telah berjanji untuk taat dan setia kepada kerajaan BN dan tidak akan terpengaruh dengan pujuk rayu yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Saya amat berharap agar apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak adalah benar kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada wakil rakyat dari BN. Oleh itu, janganlah disia-siakan harapan rakyat yang telah memangkah calon-calon wakil rakyat dari parti BN.
Kesetiaan kepada parti amat penting dan merupakan satu prinsip yang harus dipegang oleh semua ahli di dalam parti BN. Dengan semangat pemuafakatan dan saling bekerjasama, BN berjaya mengharungi 50 tahun kemerdekaan dengan meletakkan negara Malaysia di mercu kejayaan sehingga dikenali oleh dunia sebagai sebuah negara yang maju dan makmur. Pemimpin datang silih berganti namun BN tetap gah mengharungi suka dan duka sepanjang 50 tahun kemerdekaan. Walaupun BN didaftarkan secara rasmi pada tahun 1974, namun sebelum itu BN telah bekerjasama dibawah nama Parti Perikatan sejak tahun 1955 lagi. Hasil kerjasama di antara UMNO, MCA, dan MIC telah membuahkan hasil iaitu memenangi 51 daripada 52 buah kerusi dalam pilihanraya yang pertama pada tahun 1955.
Apa pun, itu adalah cerita lama yang menjadi sejarah dan kenangan manis kepada Parti Perikatan yang kini dikenali dengan nama Barisan Nasional. BN pada tahun 2008 mengalami kenangan yang amat pahit apabila berlakunya tsunami politik yang membuatkan parti-parti komponen di dalam BN seperti MCA, MIC dan Gerakan kelemasan dan tewas mengejut kepada parti pembangkang. Gerakan di Pulau Pinang telah tersungkur di tangan DAP dan ini menandakan betapa pentingnya suara rakyat untuk didengari dan diberi perhatian. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Parti-parti komponen di dalam BN harus bermuhasabah diri dan mencari kelemahan yang timbul lalu memperbaiki kelemahan yang ada dan kuatkanlah parti bermula daripada akar umbi untuk memastikan kebangkitan parti komponen BN dalam pilihanraya akan datang. Memang pilihanraya akan datang masih jauh tetapi segala kerja mengukuhkan parti sepatutnya bermula sekarang kerana ia akan memastikan kesinambungan kekuatan sesebuah parti dapat dipertahankan.
Salah satu cara menguatkan parti adalah dengan setia kepada parti walaupun ketika parti itu berada di dalam keadaan yang tidak menentu akibat kekalahan di dalam pilihanraya yang lalu. Kesetiaan kepada parti amat penting kerana selepas sesuatu pilihanraya dijalankan, dijangka akan ada anasir negatif yang cuba menangguk di air keruh dan ini terbukti dengan keadaan di Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mempelawa bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon memegang dua jawatan penting di dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang Berhad (iP). Apa rasional pelantikan Datuk Lee Kah Choon dalam kedua-dua jawatan ini? Apa yang perlu kita tahu di sini ialah Datuk Lee Kah Choon hanya berpengalaman sebagai seorang peguam dan bekas Setiausaha Parlimen. Jelas di sini bahawa Lim Guan Eng mempunyai motif politik di sebalik pelantikan Datuk Lee Kah Choon dalam dua jawatan utama di atas.
Datuk Lee Kah Choon seharusnya menyedari implikasi yang timbul di atas kesediaan beliau menerima pelantikan tersebut kerana arahan telah dikeluarkan oleh Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon iaitu melarang mana-mana ahli Gerakan menyertai barisan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dengan ini, Datuk Lee Kah Choon telah melanggar prinsip dan arahan yang dikeluarkan oleh parti Gerakan. Dalam situasi politik masa kini, Datuk Lee Kah Choon tidak boleh mengambil sebarang keputusan yang membelakangkan kepentingan parti. Jika Datuk Lee Kah Choon kemaruk sangat ingin membesarkan tembolok perut beliau dengan habuan yang bakal diberikan oleh DAP, keluar dari parti Gerakan dan sertai DAP atau pun berhenti daripada arena politik dan beri tumpuan sepenuhnya kepada bidang perniagaan. Adakah Datuk Lee Kah Choon tidak mempunyai perasaan malu kerana menerima pelantikan dari DAP setelah saban hari mengutuk dan mengkritik kepimpinan DAP? Ternyata agenda peribadi Datuk Lee Kah Choon telah mengatasi kepentingan parti Gerakan sendiri.
Gerakan harus menyelesaikan isu Datuk Lee Kah Choon ini secepat mungkin. Manusia seperti Datuk Lee Kah Choon tidak perlu berada di dalam parti Gerakan kerana hanya ingin bersama ketika senang dan lari apabila parti Gerakan berada di dalam kesusahan. Langkah terbaik adalah memecat sahaja keahlian Datuk Lee Kah Choon kerana beliau dengan jelas telah melanggar prinsip dan arahan yang dikeluarkan oleh kepimpinan parti.

Al-Fatihah..

Rustam Sani meninggal dunia
23/04/2008 11:54am


KUALA LUMPUR 23 April — Penulis politik terkenal Rustam A.Sani meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.
Rustam, 63, anak kelahiran Ipoh, merupakan seorang ahli akademik, pengendali blog Suara Rakyat, penulis kolum dan penyair.
Seorang anggota keluarganya, Aliya Anuar, 19, ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Jenazah Allahyarham kini berada di kediamannya di Jalan Bukit Lela, Gombak, dan dijadual dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.
Rustam meninggalkan seorang isteri Rohani Zainal Abidin, seorang anak lelaki, Azrani, dan seorang anak perempuan, Ariani, serta seorang cucu, Arissa Azrani.
Beliau dianggap antara “cendekiawan awam” yang penting di Malaysia dan pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya serta Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.
Allahyarham merupakan seorang penulis yang prolifik, baik dalam Bahasa Malaysia mahupun Inggeris dan tulisannya meliputi pelbagai bidang seperti politik, isu-isu sosial, sejarah, budaya, statistik serta sastera.
Selain itu, beliau juga telah menghasilkan terjemahan karya-karya sastera dan bukan sastera.
Antologi puisinya, Riak-Riak Kecil (1977) diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan beliau pernah dianugerahkan “Hadiah Sastera Negara” dalam kategori esei dan kritik sastera bagi tahun 1988/89.
Antara buku-buku karya beliau termasuk Melayu Baru:Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992), Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993), Melayu Baru dan Bangsa Malaysia:Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993), Menjelang Reformasi (2004), Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004) dan Bercanda dengan Mahathir (2006).

- BERNAMA -

Al-Fatihah untuk Allahyarham Rustam A. Sani...

Tuesday, April 22, 2008

Anwar Ibrahim Yang Penipu

Anwar Ada Bakat Main Poker
Bashir Ahmad -16 April 2008-


ANWAR Ibrahim sedang bermain poker. Jika anda tidak tahu bermain poker, anda kurang memahami apa yang Anwar sedang lakukan sekarang. Dalam permainan poker, salah seorang pemain boleh berlakon kononnya daun-daun terup di tangannya adalah hebat dan boleh memenangi wang pertaruhan di atas meja. Ini boleh dilakukan dengan menambah wang pertaruhan dan mencabar orang lain supaya turut berbuat demikian.

Taktik ini dipanggil `bluff’ atau temberang, Pemain ini barangkali tidak mempunyai adunan daun-daun terup yang kuat seperti `straight ace (semua daun sat)’ dan lain-lain. Dia hanya mengacah supaya orang lain tidak berani menambah wang pertaruhan. Jika tiada orang lain yang mencabar, maka pemain yang temberang itu akan menang.

Inilah yang Anwar lakukan sekarang. Dia berkali-kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpinnya sudah mempunyai cukup orang untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional. Kononnya bilangan ahli Parlimen BN yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat sudah cukup untuk membolehkan pembangkang membentuk kerajaan. BN memenangi 140 kerusi Dewan Rakyat sedangkan Pakatan Rakyat (gabungan PKR, DAP dan Pas) hanya memenangi 82 kerusi. Pakatan Rakyat memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk menumbangkan kerajaan BN.

Dalam konteks inilah Anwar berulang kali memberitahu bahawa beberapa orang ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak telah menyatakan kesanggupan untuk berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat. Mengulangi perkara yang sama ketika berucap di Perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman pada malam 14 April lalu, Anwar menambah bahawa beberapa orang ahli Parlimen UMNO telah memberitahunya:” Count me in (Saya akan turut serta).” Benarkah Pakatan Rakyat sudah mempunyai cukup `ahli Parlimen katak’ yang akan melompat dari BN? Atau Anwar cuba bermain poker sahaja.

Penulis lebih cenderung untuk mempercayai bahawa Anwar cuba temberang macam orang bermain poker. Mungkin ada ahli Parlimen BN dari Sabah yang menyatakan kesediaan untuk melompat, tapi jumlah mereka masih jauh daripada mencukupi. Anwar seakan-akan menyedari bahawa temberangnya tidak dipercayai oleh sebilangan orang. Lalu beliau memberitahu wartawan selepas berucap di Kelab Sultan Sulaiman bahawa Pakatan Rakyat tidak mahu sekadar majoriti tiga empat orang. Katanya, itu angka yang tidak selesa. Sebenarnya jumlah yang mahu berpaling tadah barangkali di bawah daripada 15 orang.

Apa yang Anwar cuba dapatkan daripada kenyataan temberang ini ialah untuk menarik lebih ramai ahli Parlimen BN supaya mempercayai bahawa Pakatan Rakyat benar-benar akan berkuasa. Mungkin ada yang termakan umpan, lalu hati mereka tidak tenteram dan melompat kerana mendapat tawaran. Mungkin tawaran dalam bentuk wang atau kedudukan yang lebih baik Mungkin yang tidak mendapat tawaran juga akan mencari peluang jika mereka benar-benar yakin PR akan berkuasa. Dalam dunia politik memang terdapat ramai oportunis. Anwar tahu hakikat ini dan mengeksploitasinya.

Inilah muslihat Anwar. Dia mengambil kesempatan daripada keadaan yang tidak stabil dalam BN sekarang. Menangguk di air keruh. Apapun, ternyata Anwar mempunyai bakat bermain poker. Sama ada taktiknya akan mendatangkan hasil atau tidak, Anwar telah mencuba. Daun-daun terup yang ada di tangannya tidak terlalu hebat, tapi tidak juga terlalu lemah. Bak kata orang putih, he has nothing to lose but a lot to gain (tidak akan rugi apa-apa tapi peluang untuk untung adalah besar).

Pandai-pandailah para pemimpin BN menjaga kesetiaan anak-anak buah mereka. Mungkin sekarang sudah ada bebudu di kalangan mereka yang hanya menunggu masa untuk membesar dan menjadi katak.
-malaysiaaktif.com-
Anwar Ibrahim memang seorang individu yang pandai memanipulasi keadaan dan persekitaran politik semasa demi mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Saya ingin memberi peringatan kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bahawa kemenangan yang anda semua perolehi adalah hasil sokongan rakyat kepada anda. Oleh itu, janganlah sekali-kali anda (YB) mengkhianati sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada anda hanya kerana terpengaruh dengan penipuan dan sandiwara yang dilakukan oleh si Anwar Ibrahim. Kesetiaan kepada parti adalah satu perkara yang tidak harus dipermainkan kerana ia mencerminkan keperibadian diri semua YB di Malaysia.


Saudara sekalian, saya sentiasa berdoa agar negara Malaysia aman, makmur dan selamat di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Tidak lupa juga saya berdoa agar Anwar Ibrahim sedar dan kembali ke pangkal jalan dengan tidak memperjudikan nasib negara Malaysia di tangan Barat dan Yahudi. Pilihanraya ke-12 sudah berlalu dan kini tiba masanya untuk semua YB menunaikan janji yang ditabur kepada rakyat jelata sebelum pilihanraya. Saya berharap anda semua (YB) dapat berkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab dan satu pesanan saya, setialah kepada parti masing-masing kerana ia mencerminkan keperibadian anda sendiri.

Najib Di Landasan Yang Betul


'Saya bukan penakut, tidak mahu pecah belahkan parti'
Oleh HATA WAHARI



KUALA LUMPUR 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) menegaskan, beliau bukan takut untuk bersuara dalam isu-isu politik, sebaliknya berpegang kepada prinsip penyerahan kuasa secara tersusun serta terhormat demi kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri berkata, kepentingan UMNO tidak boleh terjejas dan sejarah membuktikan bahawa peralihan kuasa dalam parti itu berlaku dengan tersusun dan baik. "Ia bukan masalah Mr. Yes Man, tak berani atau takut sebab saya berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah penyerahan kuasa secara tersusun dan terhormat. "Itulah yang akan memberi makna dan menentukan kepentingan parti tidak terjejas dan tidak berpecah-belah," kata Timbalan Presiden UMNO itu.



Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak seharusnya dilantik sebagai Perdana Menteri kerana 'tidak berani' mendedahkan sebab sebenar kekalahan BN di beberapa negeri dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.



Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak dan Surat Hasrat sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2008) di sini hari ini, Najib berkata, UMNO mempunyai tradisi peralihan kuasa yang lancar. Menurut beliau, sejarah UMNO memperlihatkan penyerahan kuasa dilakukan dengan tersusun. "Sudah ada tradisi dan cara baik yang diamalkan dalam parti.



"Pada hemat saya itulah cara terbaik dan kaedah untuk kita melakukan perubahan kepada kepimpinan negara seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dan Presiden parti," katanya.
Najib percaya peluang perlu diberikan agar peralihan kuasa tersebut berjalan dengan cara yang terhormat memandangkan segala keputusan politik dalam jangka masa terdekat akan memberikan kesan kepada UMNO.



"UMNO dan BN berada dalam keadaan yang lemah selepas pilihan raya umum, ia tidak sekuat dulu dan kita memerlukan masa untuk memulihkan kekuatan UMNO,'' katanya. Perbalahan dan pergeseran dalaman, ujar Najib, jika berlaku pasti akan membentuk dua atau tiga puak dalam parti yang akan melemahkan UMNO dan BN secara langsung.



Ketika ditanya sama ada UMNO kini dilanda keretakan, beliau menyangkal dakwaan tersebut tetapi tidak menolak kemungkinan ia akan terjadi jika wujud pergeseran kuasa dan kepimpinan.
"Saya tidak kata wujud perpecahan tapi jika ada krisis kepimpinan, ia akan mengulangi (krisis) tahun 1987 dan krisis (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Persoalannya, apakah BN dan UMNO mampu melalui senario seumpama itu lagi?" kata Najib.


(Utusan Malaysia, 22 April 2008)


Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak diharap dapat menjawab segala tohmahan dan sindiran yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir. Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang patuh kepada ketuanya. Prinsip yang dipegang oleh Datuk Seri Najib adalah untuk memastikan keamanan dan perpaduan di dalam UMNO tidak terjejas. Ini menunjukkan proses peralihan kuasa dapat dilakukan secara tersusun dan teratur. UMNO adalah sebuah parti yang relevan dan diterima oleh rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu. Sistem demokrasi dan konsep peralihan kuasa di dalam UMNO berjalan lancar. Jadi, memang tidak timbul langsung isu Datuk Seri Najib penakut atau tidak berani menyuarakan pendapat peribadi terutama isu politik. Rakyat seharusnya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Memang akan berlaku proses peralihan kuasa tetapi perkara ini harus dilaksanakan dengan teliti dan tidak terburu-buru. Saya juga bukan ingin menafikan hak Tun Dr. Mahathir untuk bersuara tetapi sebagai seorang negarawan yang ulung dan ternama, beliau seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia berada dalam kerugian dan ketidakpercayaan negara luar terhadap barisan kabinet yang diterajui oleh Pak Lah. Secara tidak langsung Malaysia akan mengalami masalah hubungan diplomatik dengan negara luar dari segi ekonomi kerana pelabur dari negara luar akan berasa kurang yakin dengan Malaysia disebabkan perbalahan di antara pemimpin dan pergolakan politik Malaysia.



Tuesday, April 8, 2008

Teruskan Menyokong Kepimpinan Pak Lah.

Kita telah mendengar amanat serta ucapan Perdana Menteri di dalam satu sesi penerangan untuk ahli-ahli UMNO terutamanya kepada semua Ketua Penerangan di peringkat bahagian yang diadakan pada 6 April 2008 di PWTC. Antara input yang diberi oleh Pak Lah selepas lebih sebulan PRU-12 adalah mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga minyak di pasaran global, isu sabotaj yang dilakukan oleh ahli-ahli parti BN sendiri, kecaman serta serangan mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohammad ke atas kepimpinan Pak Lah, isu kuota dalam pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang dicanangkan oleh pelbagai pihak serta pelbagai masalah lain yang telah diberi penjelasan oleh Pak Lah.

Umum mengetahui BN gagal mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen di samping turut kehilangan 4 buah negeri dalam PRU-12 baru-baru ini. Pak Lah mengatakan bahawa wujudnya unsur sabotaj di kalangan ahli-ahli UMNO dan BN sendiri yang menyebabkan kekalahan calon BN di kawasan putih. Sebanyak 14 kawasan parlimen dan 22 kawasan dun adalah kawasan putih yang dijangkakan boleh dimenangi oleh calon BN tanpa sebarang masalah. Namun, BN gagal memenangi kerusi di kawasan yang dimaksudkan akibat unsur sabotaj yang dilakukan oleh golongan dalaman parti BN sendiri. Ternyata Pak Lah kecewa dan sedih dengan situasi yang berlaku. Akibat daripada sabotaj dalaman, BN gagal mempertahankan majoriti 2/3 di parlimen dan turut kehilangan pemerintahan di 4 buah negeri.

Buat ahli-ahli UMNO yang merasakan diri mereka terlibat dalam unsur sabotaj calon BN yang bertanding, insaflah dan renungi semula kekhilafan yang saudara semua lakukan. Sudah tidak adakah sekelumit rasa sayang anda pada parti anda? Parti UMNO adalah tunjang perjuangan melayu di mana kita tidak boleh menafikan penubuhan parti UMNO berjaya membawa kemerdekaan Tanah Melayu di samping kerjasama yang ditunjukkan oleh parti MIC dan MCA tanpa rasa berbelah bahagi.

Saya ingin mengaitkan sedikit kisah mengenai mantan PM dan PM kita sekarang, Pak Lah. Kita dapat melihat pentadbiran dan kemajuan yang cukup cemerlang di zaman Rasulullah S.A.W. Faktor ini dibantu oleh kesetiaan dan kejujuran 4 orang sahabat Nabi yang cukup unggul keperibadian mereka. Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi talib adalah nama besar yang bersama-sama Rasulullah mengembangkan syiar Islam ke seluruh alam. Namun Islam mula bergolak ketika era pentadbiran Usman dan semakin teruk ketika pentadbiran Islam beralih ke era Saidina Ali bin Abi Talib. Ketika seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali mengapa berlaku kacau bilau dan huru hara ketika zaman pemerintahan beliau? Saidina Ali lantas menjawab, ketika zaman Rasulullah, pemerintahan baginda amat cemerlang kerana dibantu oleh 4 orang sahabat yang cukup setia kepada Nabi. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. wafat, pemerintahan Islam yang cemerlang diteruskan oleh Abu Bakar As-Siddiq. Pemerintahan Islam beralih ke era Umar Al-Khattab dan dibantu oleh Saidina Usman serta Saidina Ali. Namun kecemerlangan pentadbiran Islam mula goyah di bawah pentadbiran Saidina Usman dan menjadi tidak terkawal di zaman pentadbiran Saidina Ali. Ini kerana zaman pemerintahan Saidina Ali, beliau langsung tidak mempunyai sahabat-sahabat yang boleh diprcayai 100% dan tidak banyak yang memabantu Saidina Ali dalam menguruskan negara.

Saya ingin kaitkan kisah di atas dengan era pemerintahan Tun Dr. Mahathir yang goyah pada tahun 1999 rentetan isu pemecatan mantan TPM, Anwar Ibrahim. Mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengatasi masalah pentadbiran negara? Ini kerana Tun Dr. Mahathir dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri yang pada ketika itu adalah Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi. Pak Lah cukup setia kepada Tun Dr. Mahathir dan sentiasa memberi penerangan mengenai sesuatu isu dalam kerajaan kepada rakyat di seluruh pelusuk negeri. Bukan saya ingin menafikan kehebatan pentadbiran Tun Dr. Mahathir tetapi saya amat berharap supaya Tun Dr. Mahathir memberhentikan segala serangan dan desakan yang meminta Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Sepatutnya Tun Dr. Mahathir mambantu Pak Lah menangani situasi politik negara serta pentadbiran kerajaan pada hari ini dan bukan mengambil jalan dengan menghentam bekas TPM beliau sendiri.

Buat Tun Dr. Mahathir, adakah Tun sudah lupa bahawa Tun sendiri pernah mengatakan dalam perhimpunan agung UMNO pada tahun 1987 di mana "jika saya menang 1 undi sekalipun saya tetap menang". Kini BN juga menang PRU-12 cuma gagal mempertahankan majoriti 2/3 tetapi kenapa Tun berterusan mendesak Pak Lah meletakkan jawatan? Tun juga pernah berkata bahawa kerajaan yang kuat sangat pun tidak bagus. Kini BN gagal mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen dan Tun pula bersuara dalam nada yang berlainan iaitu mengatakan Pak Lah telah gagal memimpin BN dan negara lalu menggesa Pak Lah meletakkan jawatan. Apa erti semua ini Tun? Zaman pentadbiran Tun yang gawat pada penghujung tahun 90-an dapat diatasi dengan bantuan dan sokongan kabinet Tun yang dikepalai oleh TPM ketika itu, Pak Lah. Oleh itu, saya berpendapat Tun juga harus membantu Pak Lah menghadapi sgala masalah yang timbul di dalam parti dan juga kerajaan dengan memberi idea serta pendekatan yang lebih berhemah. Bukan dengan desakan meletak jawatan yang selalu didendangkan oleh Tun sejak berakhirnya PRU-12 ini. Saya amat berharap agar Tun dapat menyokong kepimpinan Pak Lah agar BN dapat kembali menerajui negara ini dengan lebih kuat lagi di samping motto cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tuesday, April 1, 2008

FAHAMI DEB...

Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah sebuah parti yang lahir daripada sebuah perjuangan yang kononnya untuk membebaskan mantan TPM, Anwar Ibrahim. Kini, kerajaan Malaysia telah pun membebaskan bekas TPM itu. Namun akibat dendam terhadap apa yang berlaku kepada beliau, maka Anwar Ibrahim berusaha sekeras-kerasnya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh PM, Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi.

Bulan April tahun 2008 adalah tarikh di mana Anwar Ibrahim akan bebas kembali untuk berpolitik di negara Malaysia. Mengikut percaturan politik beliau, Anwar akan meminta isteri atau anak beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan masing-masing untuk memberi laluan kepada pilihanraya kecil yang akan diadakan dan ini akan memberi peluang kepada Anwar untuk bertanding di parlimen Permatang Pauh atau parlimen Lembah Pantai. Apabila Anwar berjaya memenangi pilihanraya kecil itu, beliau akan dapat memasuki parlimen seterusnya akan 'mengkucar-kacirkan' Dewan Rakyat.

Sebagai seorang warganegara yang amat prihatin, saya menyeru semua warga Malaysia supaya tidak memberi peluang kepada si laknat Anwar untuk kembali 'hyperaktif' di dalam bidang politik kerana Anwar sebenarnya mempunyai agenda peribadi dan Anwar adalah dalang Yahudi. Saya berani berkata demikian kerana Anwar memang mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz di mana Paul Wolfowitz ini juga seorang Yahudi Laknatullah. Pemecatan Anwar dari kerusi TPM adalah tepat dan mantan PM, Tun Dr. Mahathir telah membuat satu keputusan yang berani dan betul. Anwar Ibrahim sendiri adalah seorang manusia yang munafik dan tidak memperjuangkan hak melayu kerana beliau cukup lantang bersuara menafikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Jika dilihat secara mendalam mengenai DEB, dasar ini cukup memberi keuntungan dan manfaat kepada semua rakyat di Malaysia. Saya berikan satu contoh mudah mengenai DEB. Jika DEB dikatakan banyak menolong orang Melayu, ini adalah satu fakta yang kurang bertepatan kerana DEB juga sebenarnya banyak membantu kaum-kaum lain di Malaysia. Saya ambil contoh mengenai pembukaan tanah rancangan Felda. Seperti kita sedia maklum pembukaan tanah rancangan Felda akan memberi keuntungan kepada kaum Melayu atau bumiputera. Namun jika dilihat daripada pandangan yang tersirat projek pembukaan tanah rancangan Felda untuk kaum Melayu juga memberi keuntungan kepada kaum lain seperti kaum Cina dan kaum India. Apabila peruntukan sesebuah projek dikeluarkan oleh kerajaan, tidak semua peruntukan itu akan pergi kepada kaum bumiputera sahaja. Ini kerana setiap projek akan bermula dari bawah dan akan berkembang melalui satu fasa ke fasa yang lain. Apabila projek pembangunan seperti pembukaan tanah Felda dilaksanakan, secara rambang saya anggarkan projek ini bernilai RM 30 juta. Untuk permulaan, rancangan tanah Felda mesti mempunyai laluan jalan raya, pembersihan hutan dan sebagainya. Kemudian barulah dibina kemudahan asas seperti kemudahan bekalan air dan bekalan elektrik. Kaum Melayu sewaktu dahulu tidak mempunyai kepakaran untuk membuat jalan raya, mesin-mesin untuk menebang pokok dan sebagainya. Jadi, daripada peruntukan sebanyak RM 30 juta, berkemungkinan RM 10 juta akan diberikan kepada kontraktor yang kita sedia maklum adalah daripada golongan Cina. Secara tidak langsung, orang Cina juga dapat menikmati keuntungan hasil daripada projek rancangan tanah Felda yang dikhususkan untuk kaum bumiputera.

Pembaca yang budiman, apakah yang hendak disanggah lagi oleh si Anwar Ibrahim mengenai DEB? Jelas mengenai contoh yang saya utarakan di atas mengenai pengagihan peruntukan yang akhirnya dapat dinikmati oleh kaum bukan bumiputera dalam rancangan tanah Felda. Saya menyeru sekali lagi kepada para pembaca yang saya yakini mempunyai pemikiran rasional mengenai DEB, tolak segala agenda yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim kerana kepentingan peribadi dan dendam kesumat yang wujud dalam hati Anwar menyebabkan beliau sanggup bergolok bergadai mengenai kuasa politik di Malaysia. Sanggupkah anda melihat Malaysia menjadi negara boneka kepada Yahudi dan Amerika Syarikat yang pro kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah ejen Yahudi yang cuba memainkan peranan barat seterusnya mengakibatkan Malaysia jatuh dan berjaya tunduk di bawah cengkaman Yahudi dan Barat. Berilah sokongan kepada kerajaan Malaysia yang sedia ada kerana hanya dengan cara itu sahaja kita dapat melihat kemakmuran berterusan di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Tuesday, March 18, 2008
ANWAR IBRAHIM AKAN BERTANDING 15 APRIL

www.kpmu.net

Kita lupakan seketika mengenai keputusan pilihanraya. Perdana Menteri juga telah mengumumkan barisan kabinet beliau dan telah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat setelah menerima pesanan suara rakyat ketika pilihanraya yang lalu.

Anwar Ibrahim akan bertanding pada 15hb April 2008 sama ada di Permatang Pauh atau Lembah Kelang.

Disini kita akan buktikan kepada Anwar bahawa kita telah bersatu dan sama-sama kita pastikan bahawa Anwar tidak akan menang dalam Pilihanraya kecil ini.

Kita akan buktikan bahawa apa yang telah terjadi pada PRU12 lalu adalah satu kesilapan dan kini rakyat mulai sedar dan ramai yang telah menyesal mengundi parti Pembangkang.

Kita pastikan kita akan hadapi kepala musuh yang telah memecah belahkan bangsa kita sehingga bangsa asing kini bermaharajelela dan sama-samalah kita berjuang untuk memastikan Anwar akan tersungkur dan menerima balasan dari atas perbuatan dajalnya selama ini.

Sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri perlu di mantapkan agar dapat kita menyusun strategi yang mantap seperti mana kita menghadapi Datuk Seri Khalid Ibrahim di Ijok pada pilihanraya yang lalu.

Kita akan tawan Permatang Pauh kali ini, membujur lalu melintang patah.

Marilah kita mulakan kerja gerak saraf kita bermula dari saat ini. Hidup UMNO hidup Perjuangan Melayu.

Posted by bro_jinggo