Monday, August 17, 2009

JANGAN TUNDUK SPRM!!!

Pakatan Rapuh kini boleh menarik nafas lega kerana SPRM telah membekukan buat sementara waktu kes siasatan yang melibatkan ahli politik. Namun demikian, saya sebagai rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh SPRM. Ini kerana, sebagai sebuah badan bebas SPRM seharusnya berani menjalankan kewajipan dan tanggungjawab dengan meneruskan siasatan tanpa memilih bulu dan tidak perlu tunduk kepada tekanan daripada mana-mana parti politik terutama DAP dan PKR.


Isu kematian Teoh Beng Hock dan isu penahanan Wong Chuan How tidak boleh dijadikan alat untuk menghentam dan menyalahkan SPRM sahaja. Ini kerana kes kematian Setiausaha Politik kepada salah seorang Exco Selangor itu masih di dalam peringkat inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam manakala isu penahanan dan tuduhan Wong Chuan How bahawa beliau telah dikasari dan ditolak dengan kasar oleh anggota SPRM semasa ditahan juga tidak patut dipercayai kerana rakaman video yang ditayangkan jelas menunjukkan beliau cuba melarikan diri daripada dibawa ke pejabat SPRM.


Dengan muka ala samseng dan kononnya berbadan besar orang takut nak menahan beliau dan kenapa beliau takut untuk ditahan dan dibawa ke pejabat SPRM? Ini menunjukkan bahawa beliau memang bersalah dan cuba untuk melarikan diri. Atau beliau takut apabila sampai di pejabat SPRM di Plaza Masalam beliau akan dilempar keluar daripada tingkat 14? Kematian Teoh sendiri dikatakan akibat daripada membunuh berdasarkan teori seorang Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim.


Jadi, jika benar Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu tidak bersalah, beliau tidak perlu takut untuk dibawa ke pejabat SPRM untuk siasatan lanjut kerana anggota SPRM jelas tidak menggari beliau ketika berjalan, cuma beliau sendiri yang secara tiba-tiba bertindak ganas dan cuba melarikan diri. Oleh sebab itu, anggota SPRM cuba menangkap dan menggari beliau. Akibat daripada pergelutan yang memakan masa hampr 15 minit itu menyebabkan beliau terjatuh dan biasalah, orang DAP dan Pakatan Rosak memang bijak memanipulasi keadaan dengan menuduh bahawa Wong Chuan How telah ditolak sehingga terjatuh dan tercedera. Padahal si apek tua ini juga yang meronta-ronta untuk melarikan diri lalu terjatuh dan bukan ditolak oleh anggota SPRM seperti dakwaan beliau.


SPRM tidak harus membekukan segala siasatan yang berkaitan dengan orang politik terutama daripada parti DAP dan PKR kerana hanya akan membuatkan mereka tersenyum ceria dengan keputusan yang dibuat oleh SPRM. Ia juga membuktikan bahawa SPRM sebagai sebuah badan bebas yang dilihat lemah dan tidak berupaya mengawal tekanan yang datang. Seharusnya SPRM meneruskan siasatan mereka kepada sesiapa sahaja yang dilihat terlibat dengan gejala rasuah kerana hanya dengan cara ini sahaja kita dapat menjadikan negara ini bebas daripada gejala rasuah.


Saya tahu akan ada orang yang mempertikaikan artikel saya kerana mereka beranggapan bahawa saya penyokong kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional. Namun jika difikir secara waras, semasa pemerintahan BN di Selangor pada penggal lepas, ada juga beberapa pemimpin daripada UMNO dan BN yang disiasat oleh BPR (pada waktu itu) namun mereka yang disiasat akur dan tidak pula bertindak macam babi hutan seperti yang dilakukan oleh Wong Chuan How. Jadi, jangan cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan kewajipan mereka kerana tanpa pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM percayalah bahawa negara ini tidak akan aman seperti yang kita kecapi hari ini.

No comments: