Thursday, August 13, 2009

Sehati berdansa…hingga lupa Genting Highlands kena gadai

Inilah masalahnya adakala bila terlampau gairah nak bercakap kita lupa pada sejarah hidup yang pernah dilalui. Ada sebilangan pembaca yang menelefon Agendadaily mempersoalkan tentang tulisan terbaru Datuk seri Anwar Ibrahim dilaman blognya.

Tulisannya itu antara lain untuk mempertahankan dirinya yang didakwa pengkhianat Melayu. “Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri.”itulah kata Anwar.

Kebanyakan pembaca memberi komen bernada menyindir khususnya menyangkut bab Genting Highlands. Kata salah seorang darinya mungkin budak-budak mentah yang baru masuk PKR tidak sedar dan mungkin tidak tahu yang Penasihat parti mereka itu pernah berdansa riang ria dengan anak mendiang tauke Genting Highlands,Lim Goh Tong dalam satu majlis semasa beliau di puncak kuasa dalam Barisan Nasional dulu.

“Kenapa waktu Anwar yang tengah khayal dengan kuasa itu dia tidak terfikir nak bercakap macam dia cakap hari ini. Seronok menari sampai lupa perjuangan kot. Cukup-cukuplah tu, budak-budak baru bolehlah kamu temberang,”katanya. Seorang lagi pembaca mengajak semua $orang melihat ‘sandiwara’ Anwar seterusnya.

Pembaca itu yang mengaku dirinya orang seangkatan dengan Anwar masa dalam UMNO dulu dakwa mereka tahu banyak tentang gelagatnya. “Cuma malas nak cerita. Sekarang dia hentam bab kroni tapi zaman dia berkuasa dia juga galak mengatur kroni. Cuba tanya berapa ramai Ketua UMNO Bahagian yang ‘dapat nikmat’ masa dia nak rebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dari Tun Ghafar pada tahun 1993.

Sekarang dia hentam politik wang.” Pembaca yang lain pula berkata mengimbas kembali sewaktu Anwar dalam UMNO dengan apa yang dicakapnya hari ini sering membuatnya tertawa. “Dia fikir dia boleh perbodohkan semua orang ke? Saya tidak pernah lupa dan saya yakin ramai orang yang masih ingat kata-katanya yang memperlekehkan pembangkang dengan segala macam cara waktu itu. “Sekarang dia cakap tentang Genting Highland kena gadai. Kita nak tanya berapa lama dia dalam kerajaan dan berapa lama dia jadi Menteri Kewangan dan berapa lama dia jadi Timbalan Perdana Menteri. “Seingat saya waktu itu tidak pernah pun dia cakap itu ini kena gadai.Lainah kalau dia tak pernah duduk dalam kerajaan. “Sudahlah Anwar …..”

dipetik daripada Agendadaily -11/8/2009-

No comments: