Friday, February 20, 2009

Secebis Artikel Kenangan Buat Bekas MB Perak

Tiga Adun akan sertai Pakatan Rakyat - MB Perak

Oleh: Dzulkarnain Taib

TIGA lagi ADUN Barisan Nasional dari Umno bakal mengikuti jejak langkah ADUN Bota, Nasarudin Hashim yang menyertai KeADILan Ahad lepas.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar, Mohamad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata ketiga-tiga ADUN tersebut telah menemui beliau baru-baru untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi mereka selaku wakil rakyat di kawasan masing-masing termasuk kemungkinan keluar Umno.

“Mereka ada berjumpa saya dan kami mengamalkan sikap terbuka. Kami berbincang bagaimana pihak kerajaan negeri boleh membantu meringankan beban mereka selaku wakil rakyat.

Mereka gembira dengan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutamanya berhubung usaha meningkatkan hasil pendapatan dan “Mereka juga mengadu kekecewaan mereka kepada saya kerana kebanyakan wakil rakyat Umno di Perak dilarang oleh parti mereka sendiri untuk bertanding Ketua Bahagian.

“Ada diantara mereka yang tidak mahu akur kepada arahan parti lalu bertanding dan kalah.
“Keadaan ini amat mengecewakan mereka kerana selaku wakil rakyat mereka pemimpin di peringkat kawasan tetapi tidak di peringkat Umno bahagian,” terang Nizar.

Beliau turut mengalu-alukan keputusan Nasarudin untuk bersama-sama KeADILan di Perak dan menganggap tindakan beliau mampu mengukuh serta memantapkan Pakatan Rakyat Perak serta mengongcang BN di negeri itu pada masa yang sama.

Nizar juga menyanggah kenyataan beberapa pemimpin Umno yang melabelkan tindakan Nasarudin sebagai mengkhianati pengundi.

“Saya kagum dengan keberanian Nasarudin dan menganggap beliau seorang yang luhur budi bahasa dan pekertinya. Di dalam Dewan Undangan Negeri pun beliau sentiasa bertanya soalan dengan lemah lembut dan berlandaskan fakta bukannya merapu.

“Sudah tentu orang seperti beliau tidak boleh kekal lama dengan budaya dan naluri Umno yang menekan dan mengekang kebebasan bersuara ahli-ahli mereka.

Ditanya mengenai pelbagai tekanan yang bakal dihadapi ADUN yang berhasrat menyertai Pakatan Rakyat, Nizar menegaskan BN sepatutnya memberi kebebasan kepada wakil rakyatnya samada mahu terus kekal bersama BN atau menyertai parti pilihan mereka.

“Kalau wakil rakyat ini ditekan rakyat akan melihat Umno dan BN sebenarnya tidak mengamalkan demokrasi seperti mana yang mereka laungkan.

“Jangan tekan, ugut atau apa-apakan mereka, berikan mereka kebebasan dan hormati proses demokrasi yang sihat,” Nizar memberi amaran.

dipetik daripada Suara Keadilan Online

-------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S: Saja nak bagi si Nizar dan juak-juak beliau baca artikel nie, hanya tinggal kenangan dan buat si Anwar Al-Juburi, jangan asyik nak salahkan UMNO dan BN kerana idea lompat-melompat parti telah dimulakan oleh engkau!!! Pegi jahanam PKR dan Anwar Al-Juburi!!!

SPRM cukup asas dakwa MB Selangor

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada keterangan kukuh untuk dakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung salah guna wang bagi penyelengggaraan kereta mewah dan pembelian lembu korban.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata pihaknya sudah menyiapkan siasatan dan dakwaan akan dibuat secepat mungkin.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah projek perumahan kakitangan SPRM, di sini, pagi tadi.

dipetik daripada Berita Harian Online, 20 Februari 2009

-------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S: Lepas nie Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pula akan terbalik..

Karpal keliru tindakan Speaker gantung Zambry, enam Exco

IPOH: Ahli Pakatan Rakyat (PR) dalam keadaan celaru dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco daripada menghadiri sidang Dewan masing-masing 18 bulan serta 12 bulan. Malah Pengerusi DAP, Karpal Singh keliru dengan keputusan Sivakumar menggantung Zambry dan enam Exco berkenaan. Karpal memberitahu sidang akhbar di Parlimen semalam, Sivakumar perlu memanggil sidang dewan untuk mengesahkan keputusannya itu.

Katanya, beliau sendiri mempunyai pengalaman pada 2004 apabila dirujuk kepada jawatankuasa kebebasan berhubung kenyataannya Ahli Parlimen perlu mengangkat tangan sebelum mengangkat sumpah jawatan. Laporan jawatankuasa itu dibentangkan di Parlimen dan Karpal digantung enam bulan tanpa bayaran atau kebebasan. Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR di sini, berkata tindakan Sivakumar itu luar dugaan kerana mereka secara teliti menyemak perlembagaan negeri dan Peraturan Majlis Mesyuarat sebelum persidangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Rabu lalu.

“Saya terkejut apabila mendengar keputusan Sivakumar. Kami ada berbincang berhubung penggantungan (Zambry dan enam Exco) tetapi menasihatkan supaya keputusan itu tidak dibuat. “Dengan membuat keputusan itu, kami terperangkap dengan jerat kami sendiri, sama seperti memijak kulit pisang yang diletakkan kami sendiri. Saya secara jujur tidak mengetahui siapa yang menasihati beliau (Sivakumar) mengambil keputusan itu,” kata Adun PR.

dipetik daripada Berita Harian Online, 20 Februari 2009

Thursday, February 19, 2009

Speaker gantung MB Perak, Exco

IPOH 18 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar hari ini mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu dibuat melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai oleh Sivakumar daripada DAP kawasan Tronoh.

Sivakumar dalam kenyataannya di sini hari ini menegaskan, pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan.

Ekoran itu, Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula dikenakan hukuman sama selama 12 bulan. Tindakan yang bakal mencetuskan kecelaruan politik di Perak.

Zambry dalam kenyataan balasnya malam ini berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada berhubung keputusan tersebut.

Beliau menegaskan, jawatankuasa berkenaan tidak boleh membuat keputusan sesuka hati tanpa membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu.

‘‘Keputusan jawatankuasa itu juga adalah satu keingkaran kerana tidak mempedulikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri yang baru.

“Tindakan jawatankuasa berkenaan adalah subjudis memandangkan isu pelantikan saya sebagai Menteri Besar telah difailkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihan pelantikan berkenaan,” katanya.

Enam Exco terlibat ialah Datuk Ramly Zahari, Datuk Saarani Mohamad, Hamidah Osman, Mohamad Zahir Abdul Khalid, Dr. Mah Hang Soon dan Zainol Fadzi Paharudin.

Zambry menjelaskan, Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan besar apabila mendakwa beliau dan enam Exco telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam mesyuarat jawatankuasa itu yang diadakan petang ini.

Menurut beliau, pihaknya telah memberi penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan.

‘‘Oleh itu, dakwaan Speaker bahawa kami telah gagal menawarkan sebarang penjelasan merupakan satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang Speaker,” katanya.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 19 Februari 2009

-------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S: Inilah contoh manusia yang gila kuasa dan tak reti bahasa. Saya bukan nak menerbitkan perasaan benci atau perkauman dengan kaum India. Namun saya hendak masyarakat Melayu sedar dengan apa yang kaum India dah buat dalam negara Malaysia ini.

Saya tak kata kaum India semuanya jahat dan gila kuasa. Cuma apa yang saya kesalkan, sesetengah kaum India sering menyalahkan kerajaan Malaysia apabila mereka ketinggalan daripada segi pelajaran dan ekonomi. Seharusnya mereka harus lebih berusaha untuk maju dan ingin berjaya. Contoh yang tepat boleh saya berikan kepada kaum India agar dapat menikmati kesenangan hidup dengan melihat kegigihan kaum Cina untuk mengubah nasib mereka. Kaum Cina tidak hanya berserah pada nasib dan mereka sedaya-upaya berusaha merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Ini tidak, saya melihat melalui pandangan peribadi saya ialah, sesetengah kaum India ini suka melepak tak tentu hala dan mabuk hampir setiap malam. Ini antara punca kemerosotan dan kegagalan kaum India untuk menikmati kehidupan yang lebih memuaskan. Apabila mabuk, akan terjadi berbagai perkara di luar jangkaan pemikiran masing-masing.

Buat Speaker Perak, V. Sivakumar saya ingin menasihatkan agar anda tidak terlalu gelojoh dalam menggunakan kuasa yang ada kerana negeri Perak adalah negeri yang berdaulat dan masih mempunyai Sultan. Segala keputusan harus dirujuk kepada Baginda dan jangan ambil keputusan terburu-buru demi kepentingan peribadi dan parti anda.

Jangan sampai kaum Melayu di Perak hilang sabar dengan anda kerana kaum Melayu terlalu banyak bersabar dalam perkara yang melibatkan hak orang Melayu. Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, February 18, 2009

ZURAIDA KAMARUDDIN BODOH???

Ketua Wanita PKR adalah antara golongan wanita Islam dalam PKR yang boleh dikategorikan sebagai bodoh dan dungu. Ini kerana sebagai wanita muslim, beliau tanpa segan silu mempertahankan si Elizabeth Wong yang jelas telah melakukan maksiat.

Zuraida Kamaruddin juga sepatutnya berfikir panjang sebelum tampil dalam sidang media isu gambar bogel Elizabeth Wong kerana dengan penampilan beliau yang bertudung labuh dan sebagai seorang muslimat, beliau harus memikirkan implikasi yang bakal ditanggung apabila mempertahankan wanita Cina itu.

Tidakkah Zuraida Kamaruddin sedar bahawa beliau cuba mempertahankan seorang individu yang jelas telah bersekedudukan dengan seorang lelaki dan menurut wanita Cina yang tidak bermaruah itu, bekas teman lelaki beliau beragama Islam. Apabila perkara ini berlaku, Zuraida Kamaruddin harus akur bahawa ia adalah satu jenayah syariah dan bekas teman lelaki Elizabeth wajib dikenakan tindakan undang-undang.

Dengan isu ini, semakin jelas bahawa Ketua Wanita PKR ini sanggup mengenepikan prinsip beliau sebagai seorang yang beragama Islam dan membela si kafir yang jelas telah menonjolkan kerendahan moral beliau walaupun bukan beragama Islam.

Jadi, layak rasanya Ahli Parlimen Ampang ini digelar si Bodoh???

Tuesday, February 10, 2009

Nizar teruskan tugas dari kediaman MB

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang enggan meletakkan jawatan sebagai menteri besar, hari ini dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semasa beliau cuba "melapor diri untuk bekerja", pagi ini.

Mohammad Nizar, bersama-sama dengan bekas Exco kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat, termasuk Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP, tiba dengan beberapa buah kereta pada 11 pagi dan disambut oleh kira-kira 40 penyokong.

Bagaimanapun semasa mereka tiba di pintu masuk utama, polis menghalang mereka daripada masuk. Kemudiannya, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias menasihatkan Mohammad Nizar dan kumpulannya supaya bersurai kerana kehadiran mereka akan menyebabkan kesesakan trafik.

Mohammad Nizar kemudian memberitahu pemberita yang beliau akan terus menjalankan tugasnya dari kediaman Menteri Besar yang beliau enggan kosongkan, walaupun Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru pada Jumaat lalu. - Bernama

dipetik daripada Berita Harian Online, 10 Februari 2009

-------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S : Kesian dengan si Nizar, masih berdegil juga nampaknya. Tidak mengapa, bagilah si Nizar duduk dekat rumah Menteri Besar sehingga akhir hayat beliau. Kalau tidak, di mana pula beliau nak mengadakan mesyuarat ala budak-budak nanti...hehehe

Friday, February 6, 2009

Mohammad Nizar diarah keluar dari Bangunan Perak Darul Ridzuan

IPOH 6 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap dirinya Menteri Besar Perak yang sah diarah keluar dari pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi ini.

Beliau diarah keluar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.06 pagi ketika Mohammad Nizar sedang mengadakan sidang akhbar di pejabat Menteri Besar sebelum Abdul Rahman masuk dan meminta semua yang berada dalam bilik termasuk termasuk wartawan keluar.

Tindakan Abdul Rahman itu menaikkan kemarahan sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pakatan pembangkang yang bertindak menyerbunya tetapi berjaya dihalang oleh anggota polis.
Malah, Mohammad Nizar sempat menjerit `What the hell' bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri itu.

Mohammad Nizar bersama beberapa `Exco kerajaan negeri' kemudiannya keluar meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada pukul 10.40 pagi. - Utusan

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 6 Februari 2009

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kesian aku tengok si Nizar ni. Masih kemaruk kuasa walaupun telah diarah melepaskan jawatan. Kalau nak sangat naik Camry pergilah beli sebuah. Takkan gaji 11 bulan yang lepas dah habis kot berjoli?Hehehe...

Kalau nak jadi sangat Menteri Besar, buatlah pejabat di bawah pokok di tepi jalan pejabat SUK. Macam dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Lepas tu boleh lah panggil bekas-bekas Exco ajak meeting sekali bawah pokok.

Hospital Tanjung Rambutan kena bersiap sedia menerima kemasukan bekas Menteri Besar daripada PAS ini bersama Exco-Exco yang majoriti daripada DAP.

Perak Maju Jaya di Bawah Pentadbiran Kerajaan BN


Saya bersimpati (walaupun suka sangat Kerajaan Pakatan Rakyat tersungkur di Perak), hehehe...

Apapun, kita kena redha dengan setiap apa yang terjadi. Buat bekas MB Perak, Nizar Jamaludin lepaskanlah jawatan anda kerana perintah yang datang adalah daripada Sultan sendiri. Baginda lebih arif mengenai aspek perundangan kerana Baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara jika dibandingkan dengan anda yang hanya seorang jurutera sahaja.

Selamat bertugas buat MB Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (gambar). Saya yakin dengan pengalaman yang ada, Datuk Dr. Zambry akan memacu Perak ke arah kemajuan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kini adalah masanya kerajaan baru Perak menumpukan ke arah pengembangan ekonomi dan pembangunan rakyat. Bukan seperti Pakatan Rakyat yang tidak habis-habis berpolitik dan akhirnya hanya akan membuatkan kebajikan rakyat Perak terabai.

Syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya mendapat sokongan daripada ADUN pembangkang di Perak yang kini menjadi ADUN Bebas seterusnya menyokong kepimpinan kerajaan Barisan Nasional di Perak.

Saya doakan Perak lebih maju jaya di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional...amin...

Thursday, February 5, 2009

Kenyataan media Pejabat Sultan Perak

IPOH: Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan. Setelah menemui sendiri semua 31 ahli Dewan Negeri. DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak. YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan. Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.” — Bernama

dipetik daripada Berita Harian Online, 5 Februari 2009

Tak Bubar DUN, Sultan Arah MB Perak Letak Jawatan

Berita terbaru yang saya baca di Berita Harian Online hari ini menyatakan bahawa Sultan Perak tidak perkenan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya kecil seluruh Perak diadakan berikutan kemelut politik yang berlaku di Perak.

Saya juga berpendapat tidak perlu diadakan pilihan raya kerana Barisan Nasional memang telah memperolehi sokongan daripada 3 ADUN yang kini berstatus 'Bebas'. Adalah lebih baik Menteri Besar (MB) boneka daripada PAS meletakkan jawatan kerana beliau harus sedar bahawa beliau memang tidak mampu langsung mentadbir negeri Perak.

Selain itu, faktor kemerosotan ekonomi yang bukan sahaja dialami di negara kita malahan di peringkat global juga telah menjejaskan sedikit pendapatan negara. Oleh itu, daripada membazir untuk mengadakan pilihan raya adalah lebih baik jika kerajaan Malaysia membelanjakan duit yang ada untuk membantu mana-mana rakyat yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

MB Perak nampaknya agak liat untuk melepaskan jawatan beliau mungkin kerana masih belum puas menaiki Toyota Camry yang baru dimiliki oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Dalam tempoh tidak sampai setahun mentadbir negeri, bermacam-macam perkara yang dirasakan langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat Perak telah dilaksanakan oleh si Nizar. Tapi, nak buat macam mana sebab si Nizar hanyalah kuda tunggangan DAP di Perak yang mana ADUN DAP lebih ramai daripada ADUN PAS. Segala keputusan yang dibuat oleh Nizar dilihat lebih memberi keuntungan kepada kaum Cina sahaja tanpa memikirkan kaum Melayu yang lebih ramai di Perak.

Besar kemungkinan kemelut politik yang sedang dialami oleh Pakatan Rakyat akan merebak ke Selangor dan Kedah. Ini berdasarkan beberapa insiden yang melibatkan MB Selangor sendiri yang didakwa menyalahgunakan wang kerajaan dalam isu pembelian kereta Lotus dan pengagihan lembu untuk korban di Parlimen Bandar Tun Razak.

Di Kedah pula, isu yang cukup panas dan boleh mengguggat keyakinan rakyat terhadap kredibiliti Pakatan Rakyat ialah isu anak luar nikah yang didakwa melibatkan salah seorang Exco Kedah sendiri. Ini membuktikan bahawa belum sampai setahun berkuasa di negeri masing-masing, banyak perkara yang buruk didengar berbanding dengan perkara yang baik.

Sudahlah Pakatan Rakyat, kalau anda semua yang menyokong Pakatan Rakyat masih tidak insaf lagi, tak tahulah apa lagi yang harus diperkatakan. Buat kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat, elok berhenti kerja dan jangan makan gaji dengan kerajaan Malaysia. Anda adalah kalangan yang langsung tidak tahu bersyukur dan tidak menghormati majikan anda.

Berita yang baru saya baca pula kini menyatakan bahawa Sultan Perak telah menitahkan agar MB Perak dan Exco Kerajaan Negeri meletakkan jawatan kerana Sultan beranggapan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sudah tidak mendapat kepercayaan ahli dewan. Apa lagi, takkan tak reti bahasa kot. Tak malu ke pegang jawatan sebagai MB kalau Sultan dah tak berkenan lagi. Takkan nak derhaka dengan Sultan pula? Kesian Pakatan Rakyat, akhirnya tersungkur setelah hampir setahun berkuasa secara membabi buta.

Wednesday, February 4, 2009

Umno tak cadang jumpa dua Adun

BN Perak sambut baik keputusan keluar PKR

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan Umno Perak tidak bercadang menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu nagi menjelaskan sebarang perkara, buat masa ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya tidak mempunyai keperluan untuk menemui kedua-dua Adun berkenaan yang menganggap diri mereka kini bukan lagi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun, katanya, Umno Perak dan Barisan Nasional (BN) negeri menyambut baik keputusan yang diambil kedua-dua Adun berkenaan.

"Saya percaya kedua-dua Adun berkenaan sudah mengambil kira semua faktor sebelum memutuskan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR). Kita hormat keputusan itu dan adalah menjadi hak mereka berbuat demikian," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin dan Mohd Osman yang menganggap diri mereka bukan lagi ahli PKR dan kini menjadi Adun Bebas. Ahmad Zahid berkata, BN dan Umno negeri juga menerima kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berhubung keputusan tiada pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan menerima laporan polis daripada Adun Behrang dan Adun Changkat Jering berkenaan berhubung penafian mereka meletak jawatan sebagai wakil rakyat di Perak, kelmarin.

Dalam kenyataan media yang difakskan di Ipoh semalam, Zulkifli berkata, polis akan memulakan siasatan terperinci dan merakam kenyataan daripada semua pihak dan individu terbabit bagi membantu siasatan polis.

Semalam, akhbar melaporkan, Jamaluddin yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Peladangan negeri, membuat laporan polis di Sepang, sementara Mohd Osman yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam. Kedua-dua Adun berkenaan terus mempertahankan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dan tidak akan meletak jawatan walaupun Speaker DUN Perak mengumumkan kedua-dua kerusi itu kosong.

dipetik daripada Berita Harian Online, 4 Februari 2009

Tuesday, February 3, 2009

Saya Kembali...

Salam Perjuangan Buat BPN. Saya tidak pernah mengalah dalam memastikan Barisan Nasional kekal memerintah negara, insya-Allah. Saya menyepikan diri selama ini bukan kerana saya mengaku kalah mahu pun kecewa, tetapi kebetulan saya mendapat tawaran kerja tetap dalam Kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin selepas ini masa saya untuk ber'blog' akan sedikit berkurangan kerana kesibukan saya dengan kerja baru saya. Apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa pekerjaan saya yang baru ini berlainan sedikit dengan kerja saya sebelum ini.

Namun demikian, saya akan cuba juga menulis di dalam blog Pemuda Malaysia kerana saya berpendapat ini juga adalah salah satu cara saya menyedarkan masyarakat Malaysia betapa jahilnya mereka jika masih menyokong Pakatan Rakyat.

Isu terbaru yang berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang iaitu penutupan tadika Kemas adalah satu rentetan peristiwa yang cukup membuatkan rakyat semakin meluat dengan Pakatan Rakyat. Mereka semakin gila kuasa dan cukup menjijikkan. Anak-anak kecil yang ingin menimba ilmu dan langsung tidak tahu erti 'politik' telah menjadi mangsa kekejaman Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Selain itu, kekalahan BN di Kuala Terengganu juga tidak boleh dijadikan faktor untuk mengatakan BN semakin tidak relevan kerana masih terdapat seramai lebih 30 ribu pengundi di Kuala Terengganu yang menyokong BN. Cuma apa yang dikesalkan ada segelintir antara mereka yang memangkah PAS masih tidak sedar dari lamunan bahawa mereka hanya diperbodohkan oleh Wahid Endut dan PAS.

Di Perak pula, melompatnya seekor katak daripada BN kepada PKR menjadikan BN lebih bersih kerana yang melompat itu hanya seekor katak puru yang hodoh dan bodoh di mana katak yang berasal daripada Bota ini telah mengkhianati kepercayaan yang telah rakyat berikan kepada beliau. Katak puru yang bernama ADUN BOTA ini terlalu lemah semangatnya dan hanya akan bersama BN ketika BN kukuh dan kuat namun apabila BN menghadapi hanya sedikit masalah, ADUN BOTA ini mengaku kalah dan tidak sanggup membantu BN menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagus juga si katak puru dari BOTA ini melompat keluar kerana hanya mereka yang cekal sahaja layak berada di dalam BN.

Apapun, kehadiran saya untuk menulis di dalam blog ini akan dimanfaatkan oleh saya sebaik mungkin dalam mengajak rakyat kembali memberi sokongan dan kepercayaan kepada BN untuk memerintah negara ini. BN sudah banyak membuat jasa dan menjaga sebaik mungkin kebajikan setiap rakyat di dalam negara ini. Harus di ingat bahawa tidak ada satu pun kerajaan di dalam dunia ini yang sempurna, namun pujian harus diberikan kepada BN kerana BN cuba melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaik yang mungkin.

Saya sentiasa mendoakan agar kerajaan BN kekal memerintah negara dengan adil dan penuh bijaksana...amin...